Sabtu, 30 Januari 2016 | 12:01am

Nasi Poh Choo

RESIPI mudah, enak sempena Tahun Baharu Cina.

TAHUN Baharu Cina bakal menjelang, bagi masyarakat Cina mereka tidak ketinggalan untuk berkumpul dan makanan besar bagi meraikannya.

Tidak hanya bertumpu kepada acara makan di luar, apa yang menjadi kemestian adalah menyediakan sajian sendiri sambil berkumpul bersama-sama, selain merasai 'air tanga' ibu atau adik-beradik yang lebih tua.

Mengambil contoh sajian yang muda, pereka fesyen siber, Hideaki Lim, berkongsi resipi mudah, Nasi Poh Choo yang diabadikan sempena nama mendiang ibunya.

Lebih istimewa, resipi turun-temurun ini menggunakan perkakasan memasak elektrik, Pensonic Malaysia yang menyajikan cara penyediaan makanan sihat, tanpa menggunakan terlalu banyak minyak masak.

NASI Poh Choo

Hideaki berkata, sajian nasi dipilih kerana bentuk hidangan dikaitkan dengan kehidupan makmur serta panjang umur, menggunakan bahan yang mudah dan dimakan kebanyakan ahli keluarga.

Katanya, hobi beliau memasak dan kalau tidak mempunyai sebarang urusan, lelaki berusia 50 tahun ini lebih gemar memasak sendiri kerana ia memberi lebih kepuasan dan boleh mengawal pengambilan makanan bergaram.

BAHAN-bahan

Bahan:

1. 20 gram (g) kacang panjang - dihiris sederhana
2. 100 dada ayam
3. 5g bawang putih
4. 5g bawang merah
5. 10 g ikan masin (dihiris halus)
6. Sedikit sos tiram, kicap pekat, kicap cair

Cara penyediaan

1. Hiriskan bawang putih dan hiris halus bawang merah.

1. Hiriskan bawang putih. Hiris halus bawang merah.

2. Potong kecil bahagian ayam (perapkan dengan perasa).

2. Potong kecil bahagian ayam (perapkan dengan perasa).

3. Panaskan minyak. Goreng ikan masin hingga kekuningan (boleh digantikan dengan ikan bilis);

4. Goreng bawang merah hingga kekuningan. Kemudian tumis bawang putih hingga naik bau;

5. Masukkan ayam diikuti sayuran kacang; 6. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair.

Ringkas menyediakan resipi Nasi Poh Choo

7. Masukkan dua cawan beras Jepun ke dalam periuk serba guna; 8. Kemudian masukkan dua cawan air. (Tunggu 15 hingga 20 minit untuk nasi yang ditanak masak); 9. Sedia dihidangkan.

Nasi Poh Choo dicadangkan sebagai hidangan istimewa Tahun Baharu Cina.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X