Ahad, 31 Januari 2016 | 1:54pm

Hai O kembali sarung jersi Terengganu


HAIRUDDIN Omar atau Hai O.

KUALA NERUS: Hairuddin Omar atau Hai O sah menyarung jersi negeri kelahirannya, Terengganu untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain kelahiran Setiu yang akan menyambut kelahiran ke-37 pada September ini, mengikat kontrak semusim bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini.

Seorang lagi pemain kelahiran negeri ini mengikut jejak Hai O ialah Mohd Affizie Faisal Mamat.

Kedua-dua bekas pemain bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu mengisi kekosongan kuota pemain tempatan skuad kendalian Ahmad Yusof.

Majlis menandatangani kontrak Hai O dan Mohd Affizie disaksikan Setiausaha Agung PBSNT, Arpin Draman di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini.

Berita Harian X