Isnin, 1 Februari 2016 | 9:08pm
LAPAN kenderaan terpakai musnah apabila sebuah rumah kayu yang dijadikan tempat menjual kenderaan itu, di Jalan Jee Foh 2, di sini, terbakar, lewat petang tadi.

Kedai jual kenderaan terpakai terbakar


ANGGOTA dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri berjaya memadamkan kebakaran.

MIRI: Lapan kenderaan terpakai musnah apabila sebuah rumah kayu yang dijadikan tempat menjual kenderaan itu, di Jalan Jee Foh 2, di sini, terbakar, lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tengah rumah kayu berkenaan sebelum merebak dan memusnahkan hampir keseluruhan premis.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri serta Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati api sedang marak menyambar rumah itu.

"Tiada mangsa berada di rumah kayu terbabit ketika kejadian," katanya ketika dihubungi.

Punca kejadian dan jumlah kerugian dialami mangsa masih disiasat.

Berita Harian X