Jumaat, 5 Februari 2016 | 10:06am

Trafik sesak di Lembah Klang pagi ini

KUALA LUMPUR: Kebanyakan laluan menuju ke arah ibu negara dan sekitar Lembah Klang mulai sesak dengan kenderaan termasuk di beberapa plaza tol, pagi ini.

PLUS Berhad menerusi akaun Twitternya, @plustrafik, melaporkan kesesakan kini berlaku di Lebuh Raya NKVE dari arah Bukit Lanjan menuju ke Jalan Duta, selain laluan selepas keluar dari Plaza Tol Damansara dan Subang Jaya.

Kesesakan juga dilaporkan berlaku di Lebuh Raya ELITE dari Saujana Putra menuju ke USJ, bagaimanapun keadaan trafik selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke ibu negara dilaporkan sudah kembali lancar.

@plustrafik turut melaporkan keadaan trafik dari Seberang Jaya menuju ke Perai kini perlahan dan keadaan sama berlaku di atas Jambatan Pulau Pinang menuju ke pulau.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun Twitternya, @LLMinfotrafik melaporkan trafik perlahan selepas persimpangan Bukit Jelutong ke persimpangan Jalan Subang.

"Trafik perlahan dari stesen KTM Serdang ke Seri Kembangan, Seri Jaya dan pusat bandar serta dari stesen LRT Pandan Jaya ke PGRM.

"Trafik juga perlahan dari Kota Kemuning ke HICOM, Seafield ke susur Kewajipan dan Awan Kecil ke Lebuh Raya MEX," katanya.

Di ibu negara, kesesakan dilaporkan berlaku di beberapa laluan utama sekitar bandarr aya antaranya Jalan Genting Klang ke Jalan Pahang, Jelatek ke Ampang, Kampung Pandan ke Jalan Bukit Bintang dan Jalan Raja Chulan ke Jalan Sultan Ismail.

Trafik turut dilaporkan sesak di Jalan Kuching ke Jalan Sultan Ismail dan Jalan Hang Tuah ke Jalan Imbi.

Pusat Kawalan Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Twitternya, @ITISDBKL melaporkan kesesakan kini berlaku di Grandsaga ke Taman Connought /Bulatan Billion, Selayang ke Taman Wahyu/susur Jalan Sultan Ismail serta Taman Midah ke Maharajalela/susur Jalan Sultan Ismail.

Lebuhraya Persekutuan turut dilaporkan mengalami kesesakan di Jalan Syed Putra ke Bulatan Sultan Muhamad, Jalan Templer ke susur Lebuhraya LDP, Taman Desa ke Seputeh, Jalan Klang Lama ke Seputeh, Pantai Dalam ke Bangsar dan Subang Jaya ke susur Lebuhraya LDP/Jalan Templer.

Beberapa laluan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 (MRR1), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban turut dilaporkan sedang mengalami kesesakan trafik ketika ini.

Justeru, pengguna jalan raya diminta bersabar sekiranya terperangkap dalam kesesakan dan memandu dengan lebih berhati-hati.


REBAT tol 30 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina. - Foto PLUS

12 dibaca
Berita Harian X