Sabtu, 6 Februari 2016 | 10:54pm

Aliran trafik di lebuh raya perlahan


KEADAAN lalulintas di Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS) dekat susur keluar Seremban sesak berikutan warga kota mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena cuti tahun baru cina yang bermula pada hari ini. - Foto Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bergerak perlahan setakat 10 malam ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, walaupun jumlah kenderaan ke arah utara semakin bertambah, namun keadaan trafik tidak terlalu sesak berbanding siang tadi.

"Antara kawasan yang sesak dengan jumlah kenderaan menghala utara ialah dari Slim River ke Ladang Bikam, Sungkai ke Gopeng, Terowong Menora ke Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak dan Kuala Kangsar ke Changkat Jering.

"Bagi arah selatan, trafik terkawal dari Seremban menuju ke Johor dan tiada sebarang kemalangan dilaporkan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Gombak ke Genting Sempah berdekatan Plaza Tol Gombak perlahan dengan peningkatan kenderaan memasuki lebuh raya tersebut.

"Trafik juga perlahan dari Gombak menghala ke Plaza Tol Bentong dan sesak dari Plaza Tol Bentong ke Bentong Timur manakala di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) juga sesak sehingga dua kilometer sebelum keluar dari Plaza Tol Kuala Terengganu," katanya.

Orang ramai boleh mengetahui maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- BERNAMA

Berita Harian X