Ahad, 7 Februari 2016 | 9:38pm
FENOMENA air pasang besar di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot memusnahkan sebuah rumah. - Foto Aswadi Alias
FENOMENA air pasang besar di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot memusnahkan sebuah rumah. - Foto Aswadi Alias

4 keluarga dipindahkan, rumah dipukul ombak

KUALA TERENGGANU: Empat keluarga, membabitkan 29 ahli dipindahkan apabila rumah mereka di Kampung Tengah Mengabang Telipot, di sini, dipukul ombak besar.

Seketeriat Jawatankuasa Bencana Daerah, Leftenan Muda Ahmad Kamal Hakim, berkata pemindahan dilakukan kira-kira jam 9 malam apabila angin kuat di kawasan berkenaan membawa ombak besar sehingga ke kediaman mereka.

"Paras air di pesisir pantai meningkat sehingga 1.5 meter dengan kelajuan angin 60 kilometer per jam.

"Cuaca mendung juga menjadi faktor kepada angin kuat yang membawa ombak setinggi 4.5 meter di kawasan berhampiran," katanya.

Semua mangsa dipindahkan sementara ke rumah saudara-mara mereka yang berhampiran.

Berita Harian X