Isnin, 8 Februari 2016 | 9:42am

Alir trafik di Lebuhraya PLUS, LPT lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dilaporkan lancar pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad memaklumkan, aliran trafik di lebuh raya utama bagi kedua-dua arah itu dilaporkan terkawal dan lancar setakat 9 pagi ini.

"Kenderaan bergerak lancar, tiada peningkatan jumlah kenderaan di lebuhraya pada sebelah pagi," katanya kepada Bernama, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keseluruhan trafik di semua lebuh raya termasuk LPT dilaporkan lancar pagi ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X