Selasa, 9 Februari 2016 | 12:08am
PENULIS bersama pemandu arah, Azmi Baharuddin (kiri) melihat keadaan Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. - Foto Nazirul Roselan
PENULIS bersama pemandu arah, Azmi Baharuddin (kiri) melihat keadaan Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. - Foto Nazirul Roselan
LALUAN menuju ke Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. - Foto Nazirul Roselan
LALUAN menuju ke Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. - Foto Nazirul Roselan
PENGUNJUNG berpeluang melakukan berbagai aktiviti seperti rock climbing dan berkhemah di Gua Kota Gelanggi. - Foto Nazirul Roselan
PENGUNJUNG berpeluang melakukan berbagai aktiviti seperti rock climbing dan berkhemah di Gua Kota Gelanggi. - Foto Nazirul Roselan
PERSEKITARAN Gua Kota Gelanggi yang masih cantik dan terjaga memberikan suasana damai. - Foto Nazirul Roselan
PERSEKITARAN Gua Kota Gelanggi yang masih cantik dan terjaga memberikan suasana damai. - Foto Nazirul Roselan

Jaga tutur kata di Gua Kota Gelanggi


JERANTUT: Setiap kawasan terutama yang mempunyai sejarah tamadun lama dan pernah menjadi kawasan tumpuan penduduk zaman dahulu sememangnya mempunyai pantang larang kerana dipercayai ia masih didiami oleh 'penghuni' asalnya.

Begitu juga Gua Kota Gelanggi di sini yang didakwa berusia 150 juta tahun dan mempunyai pelbagai mitos serta ceritanya sendiri yang dikatakan mempunyai kota serta pentadbiran kerajaan sebelum lenyap.

Penyelia Bahagian Rekreasi FELDA Residence Tekam, Azmi Baharuddin, 35, berkata antara pantang larang di Gua Kota Gelanggi adalah pengunjung tidak dibenarkan mengambil dan membawa balik apa jua tumbuhan dan batu di kawasan berkenaan.

Beliau juga sentiasa mengingatkan pengunjung supaya menghormati dan menjaga adab percakapan apabila masuk ke dalam gua berkenaan.

"Hendak alihkan kayu atau batu pun tidak boleh, pernah ada pengunjung yang saya bawa 'dirasuk' tiba-tiba sehingga tidak sedarkan diri, sebab itu apabila masuk ke Gua Kota Gelanggi kena berhati-hati.

ADA pantang-larang tertentu yang mesti dipatuhi pengunjung Gua Kota Gelanggi yang masih menuimpan pelbagai cerita dan sejarah. - Foto Nazirul Roselan
ADA pantang-larang tertentu yang mesti dipatuhi pengunjung Gua Kota Gelanggi yang masih menuimpan pelbagai cerita dan sejarah. - Foto Nazirul Roselan

CAHAYA matahari yang menyusup di celah dinding dan bumbung gua mencetuskan pemandangan yang menakjubkan di Gua Sanding, antara gua kecil di Gua Kota Gelanggi. - Foto Nazirul Roselan
CAHAYA matahari yang menyusup di celah dinding dan bumbung gua mencetuskan pemandangan yang menakjubkan di Gua Sanding, antara gua kecil di Gua Kota Gelanggi. - Foto Nazirul Roselan

"Bukannya hendak menakutkan tetapi tempat seperti ini yang kaya dengan sejarah memang ada pantang larang, begitu juga di kawasan lain, kami sering nasihatkan pengunjung supaya menjaga perkara berkenaan," katanya ketika ditemui BH.

Azmi yang pemandu pelancong alam semula jadi di situ berkata Gua Kota Gelanggi bukan hanya sesuai untuk mereka yang cintakan kedamaian dan keindahannya tetapi sesuai menjadi lokasi kem bina semangat.

Katanya, pihaknya menyediakan pelbagai pakej menarik untuk syarikat yang berminat menganjurkan program bina semangat di kawasan itu selain mempunyai keistimewaan lain kerana ia turut menekankan kepada aspek pengetahuan.

"Kita akan berikan maklumat kepada pengunjung mengenai keadaan persekitaran termasuk pembentukan batu pada gua yang unik termasuk dalam bentuk haiwan dan barangan," katanya.

Azmi berkata, Gua Kota Gelanggi menawarkan satu pengalaman menarik pada kem bina semangat menerusi laluan mencabar yang memerlukan kerjasama rapat antara satu sama lain.

"Pada permulaan, peserta perlu melalui laluan dalam hutan untuk memasuki gua yang perjalanannya mengambil masa selama 15 minit, mereka boleh menghirup udara segar dan dalam masa sama melihat tumbuhan.

PENULIS melihat keadaan Taman Warisan Gua Kota Gelanggi yang mempunyai pelbagai mitos serta ceritanya sendiri. - Foto Nazirul Roselan
PENULIS melihat keadaan Taman Warisan Gua Kota Gelanggi yang mempunyai pelbagai mitos serta ceritanya sendiri. - Foto Nazirul Roselan

TAMAN Warisan Gua Kota Gelanggi yang berusia 150 juta tahun. - Foto Nazirul Roselan
TAMAN Warisan Gua Kota Gelanggi yang berusia 150 juta tahun. - Foto Nazirul Roselan

"Ada pelbagai halangan disediakan seperti melalui kawasan berair menggunakan kayu kecil dan untuk mengatasinya mereka perlu bersabar, ini dapat memupuk semangat setia kawan antara satu sama lain," katanya.

Selepas menelusuri kawasan hutan, Azmi berkata, peserta akan diuji dengan kemahiran untuk memasuki kawasan gua yang lubangnya hanya boleh dilalui oleh seorang individu dalam satu masa.

"Di sinilah semangat kerjasama itu penting kerana kalau tiada kerjasama maka mereka tidak boleh ke gua dan menyelesaikan misi ditetapkan, begitu juga dalam alam pekerjaan.

"Ada banyak lagi halangan dalam gua sebelum mereka sampai ke kemuncak iaitu melawat Gua Sanding yang menampilkan keunikan bentuk batu batanya yang seolah-olah seperti satu objek antaranya burung kasawari," katanya.

Bagi mereka yang ingin berkhemah, Azmi berkata, pihaknya ada menyediakan tapak berkenaan dan lazimnya perkhemahan diadakan di Gua Tongkat yang turut mempunyai kemudahan jana kuasa untuk memasang lampu.

"Pada masa sama kita juga sediakan tempat tinggal di chalet, bilik hotel dan asrama di FELDA Residence Tekam dengan kadar berpatutan," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X