Rabu, 10 Februari 2016 | 1:08pm

Aliran trafik lebuh raya lancar pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan bergerak lancar setakat 12 tengah hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke ibu kota dilapor hanya bergerak perlahan di Terowong Menora ke Jelapang akibat pertambahan bilangan kenderaan.

"Bagi Lebuhraya PLUS arah Selatan pula, trafik lancar setakat ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur turut bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- BERNAMA

Berita Harian X