Rabu, 10 Februari 2016 | 2:03pm

Keputusan Rayani Air tepat - DCA

PESAWAT pertama RN130 daripada syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air. - Foto Malai Rosmah Tuah
PESAWAT pertama RN130 daripada syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air. - Foto Malai Rosmah Tuah

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Rayani Air membuat keputusan tepat membatalkan dua penerbangan semalam akibat kerosakan cermin kokpit demi keselamatan penumpang.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata syarikat penerbangan bertanggungjawab membatalkan penerbangan sekiranya berlaku sebarang kes kerosakan pesawat.

"Syarikat terbabit membuat tindakan betul apabila membatalkan penerbangan yang dikatakan akibat kerosakan cermin kokpit," katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Beliau diminta mengulas laporan Rayani Air terpaksa membatalkan dua penerbangan dari Langkawi dan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia 2), semalam akibat cermin kokpit rosak.

Bagaimanapun, Azharuddin berkata, DCA sedang menunggu laporan rasmi daripada syarikat penerbangan terbabit berhubung pembatalan berkenaan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X