Khamis, 11 Februari 2016 | 8:51pm

Aliran trafik PLUS perlahan malam ini, LPT lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan malam ini, berikutan peningkatan kenderaan di lebuh raya berkenaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Bhd berkata, aliran trafik pada 8 malam ini, dilaporkan sesak di beberapa kawasan dari Seberang Jaya ke Juru, Terowong Menora menuju ke Jelapang, Tapah ke Bidor dan Sungai Buaya ke Rawang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, hanya kawasan sebelum Tol Gombak, pergerakan trafik dilaporkan perlahan manakala aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan 2 (LPT 2), lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X