Jumaat, 12 Februari 2016 | 5:20pm

Aliran trafik perlahan dari utara ke ibu kota


KEADAAN trafik lancar. - Foto Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan dari arah utara menghala ke ibu kota petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik setakat 4 petang tadi perlahan dan sesak dari Changkat Jering ke Bukit Berapit, sebelum Terowong Menora ke Jelapang dan Simpang Pulai ke Hentian Sebelah Simpang Pulai.

"Kesesakan turut dialami di kawasan mendaki Gua Tempurung menuju Tapah dan dari Bidor ke Slim River. Namun, di sebelah selatan lebuh raya, pergerakan trafik lancar," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik kekal lancar terutama di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan LPT 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- BERNAMA

Berita Harian X