Ahad, 14 Februari 2016 | 10:24am

Aliran trafik beberapa lebuh raya lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya seluruh negara dilaporkan lancar pagi ini, walaupun dilaporkan berlaku beberapa kemalangan.

Twitter @plustrafik melaporkan, setakat jam 10 pagi tadi, trafik lancar sepanjang Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura LINKEDUA, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang.

Trafik dari arah timur juga dilaporkan terkawal di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan LPT 2.

Bagaimanapun, satu kemalangan dilaporkan berlaku awal pagi tadi di Kilometer (KM) 256.7 arah selatan dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora tetapi tidak membabitkan penutupan lorong.

Sebuah lori turut dilaporkan rosak di KM266.3 arah utara dekat Ipoh berhampiran Terowong Menora pada jam 7.34 pagi, manakala kemalangan turut berlaku di persimpangan Simpang Pulai dari Ipoh ke Simpang Pulai pada jam 9.03 pagi.

Berita Harian X