Isnin, 15 Februari 2016 | 6:08pm

Prasarana Malaysia-Transport for London meterai kerjasama

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd sebentar tadi memeterai MoU dengan Transport for London (TfL) bagi membuka laluan kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pengendali pengangkutan awam itu.

TfL adalah syarikat ditubuhkan di bawah akta khas yang bertanggung jawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam merentas Greater London di United Kingdom (UK).

MoU itu adalah lanjutan kepada perjanjian yang dimeterai sebelum ini antara SPAD dan Kementerian Pengangkutan UK.

MoU itu bertujuan menggariskan persefahaman antara kedua-dua pihak berhubung hak, peranan, tanggungjawab dan obligasi bagi tujuan kerjasama, dan untuk bersetuju bahawa kerjasama terbabit akan dilaksanakan menerusi Program Penempatan Kerja.

Berita Harian X