Isnin, 15 Februari 2016 | 7:50pm
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda. - Foto ihsan The Assemble
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda. - Foto ihsan The Assemble
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda. - Foto ihsan The Assemble
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda. - Foto ihsan The Assemble
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda. - Foto ihsan The Assemble
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda. - Foto ihsan The Assemble
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda.
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda.
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda.
Sekitar majlis kahwin Ruzaini dan Deqda.

Ziana sebak di majlis kahwin Ruzaini

Ziana Zain. - Foto ihsan The Assemble
Ziana Zain. - Foto ihsan The Assemble

KUALA LUMPUR: Ziana Zain tidak mampu menahan sebak ketika diundang ke pentas untuk berkongsi perasaannya pada majlis resepsi pereka fesyen, Ruzaini Jamil dan isteri, Nurul Hidayati Yahya, di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.

Ucapan dan emosi penyanyi terkenal itu nyata menyentuh hati pasangan pengantin dan tetamu lain, yang hadir meraikan mempelai pada majlis bertemakan Bollywood itu.

Penyanyi Syurga Di Hati Kita itu tidak mampu menahan sebak kerana pereka lelaki terbabit sudah dianggapnya sebagai adik sendiri selepas sekian lama saling mengenali.

Ziana berharap perkahwinan pasangan itu akan kekal hingga ke syurga, selain menasihati mereka supaya menjaga kerukunan rumah tangga yang dibina pada 5 Februari lalu.

"Rasa macam baru saja mengenalinya. Hakikatnya, sudah sedekad saya mengenali Ruzaini dan rakan gandingannya, Rizman di bawah label Rizman Ruzaini. Memang mereka umpama adik saya sendiri. Melihat mereka bertatih dari kosong hingga kini dikenali ramai, hati juga cukup bangga. Malah, lebih bangga, kini seorang daripada mereka sudah mendirikan rumah tangga.

"Saya doakan Ruzaini menjadi suami yang baik kepada isterinya. Kalau sudah berumah tangga, jangan cepat melatah dan mesti bawa berbincang," katanya.

Mengimbas detik perkenalan mereka, Ziana berkata, pertemuan pertamanya dengan Rizman Ruzaini adalah ketika penganjuran ABPBH 2006.

Ziana juga menjadi artis pertama yang menyarung persalinan rekaan duo terbabit.

"ABPBH menjadi detik permulaan kepada segala-galanya dan anugerah ini juga bukan asing buat dua pereka fesyen terbabit. Ketika itu, seingat saya, wakil penganjur yang menghubungi dan kemudiannya memperkenalkan saya kepada mereka. Ketika itu mereka masih `hijau'. Seterusnya, mereka menghubungi pihak saya untuk mengaturkan pertemuan sekali gus melakukan sesi mencuba pakaian.

"Lucunya ketika itu sesi mencuba pakaian diadakan dalam bilik air di Balai Berita (NSTP), sejurus saya selesai menjalani latihan di sana. Kebetulan, ketika itu saya turut diundang membuat persembahan untuk malam kemuncak ABPBH. Mereka berdua menyediakan persalinan untuk saya bagi acara permaidani merah ABPBH ketika itu," kata kakak kepada Anuar Zain itu.

Majlis resepsi itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Elfira Loy, Amy Search, Rozita Che Wan, Nur Fazura, Scha Alyahya dan Awal Ashaari.

Dayang Nurfaizah juga diundang menyanyikan medley beberapa lagu Bollywood.

Ziana, Erra, Rozita, Siti dan Fazura juga begitu 'sporting' menari mengikut rentak lagu Hindustan ketika acara persembahan berlangsung. Rakaman persembahan mereka kini menjadi viral di media sosial.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X