Selasa, 16 Februari 2016 | 3:38pm

Taylor Swift menang Album Terbaik Grammy 2016


TAYLOR Swift bersama trofi yang dimenanginya. - Foto AP

LOS ANGELES: Artis rap, Kendrick Lamar, mengungguli Anugerah Grammy tahun ini bersama lima trofi, namun Taylor Swift nampaknya berjaya mencipta kejutan besar apabila dirinya diumumkan sebagai pemenang kategori Album Terbaik.

Penyanyi tinggi lampai itu membawa pulang tiga anugerah pada penganjuran edisi ke-58 anugerah terbabit hasil tujuh pencalonan yang diterimanya, termasuk bagi kategori Album Pop (Vokal) Terbaik menerusi 1989. Ia juga adalah album paling laris bagi 2014.

Lamar, artis dari California itu pula unggul bersama 11 pencalonan dan antara calon yang disebut-sebut untuk menyambar trofi paling diidamkan penggiat seni muzik menerusi albumnya, To Pimp A Butterfly.

Begitupun, nasib lebih menyebelahi ratu pop country, Swift, yang kemudian menyampaikan ucapan kemenangannya dengan menyentuh soal memperkasakan golongan wanita.

Pada acara sama, penyanyi R&B, Bruno Mars dan penerbit, Mark Ronson, memenangi anugerah Rekod Terbaik untuk karya rancak mereka, Uptown Funk!

Turut mencatat kejayaan pada anugerah itu ialah penyanyi yang juga pencipta lagu, Ed Sheeran. Beliau berjaya memenangi trofi Grammy sulungnya, tahun ini, termasuk bagi kategori Lagu Terbaik menerusi dendangan indah, Thinking Out Loud.

Selain Sheeran, artis popular lain yang menggenggam trofi gramofon itu buat kali pertama ialah Justin Bieber yang memenanginya menerusi kategori Rakaman Dansa Terbaik untuk lagu Where Are U Now. Ia adalah hasil kerjasama Bieber bersama pasangan Skrillex dan Diplo.

Anugerah Grammy kali ke-58 berlangsung pagi ini (waktu Malaysia) di Staples Center, Los Angeles, California. Acara itu dihoskan oleh artis pelbagai bakat, LL Cool J.

Antara penyanyi yang menghangatkan pentas ialah Swift, Bieber, Lamar, Sam Hunt, Carrie Underwood, The Weeknd, Lady Gaga, Adele, Ellie Goulding, Demi Lovato, John Legend, Meghan Trainor, Little Big Town, Pentatonix, Eagles, Lionel Richie dan ramal lagi.

Keputusan Anugerah Grammy 2016:

Rekod Terbaik: Uptown Funk (Mark Ronson featuring Bruno Mars)

Album Terbaik: 1989 (Taylor Swift)

Artis Baharu Terbaik: Meghan Trainor

Persembahan Rock Terbaik: Alabama Shakes (Don't Wanna Fight)

Lagu Terbaik: Thingking Out Loud (Ed Sheeran)

Album Country Terbaik: Traveller (Chris Stapleton)

Album Rap Terbaik: To Pimp a Butterfly (Kendrick Lamar)

Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik: Mark Ronson feat. Bruno Mars (Uptown Funk)

Kolaborasi Rap/Nyanyian Terbaik: Kendrick Lamar feat. Bilal, Anna Wise & Thundercat (These Walls)

Album Pop Tradisional Terbaik: The Silver Lining - The Songs of Jerome Kern (Tony Bennett & Bill Charlap)

Persembahan Solo Pop Terbaik: Ed Sheeran (Thinking Out Loud)

Lagu Rap Terbaik: Alright (Kendrick Lamar)

Album Muzik Alternatif Terbaik: Sound & Color (Alabama Shakes)

Album Rock Terbaik: Drones (Muse)

Persembahan Rap Terbaik: Kendrick Lamar (Alright)

Lagu Rock Terbaik: Don't Wanna Fight (Alabama Shakes)

Album R&B Terbaik: Black Messiah (D'Angelo and the Vanguard)

Album Kontemporari Urban Terbaik: Beauty Behind the Madness (The Weeknd)

Persembahan R&B Terbaik: The Weeknd (Earned It (Fifty Shades of Grey))

Lagu R&B Terbaik: Really Love (D'Angelo and The Vanguard)

Album Dansa/Elektronik Terbaik: Skrillex & Diplo Present Jack U (Skrillex and Diplo)

Rakaman Dansa Terbaik: Where Are U Now (Skrillex & Diplo With Justin Bieber)

Video Muzik Terbaik: Bad Blood (Taylor Swift feat. Kendrick Lamar)

Persembahan Duo/Berkumpulan Country Terbaik: Girl Crush (Little Big Town)

Lagu Country Terbaik: Girl Crush (Little Big Town)

Kolaborasi Rap/Lagu Terbaik: Common & John Legend (Glory)

Album Pop Terbaik: 1989 (Taylor Swift)

Persembahan Solo Country Terbaik: Chris Stapleton (Traveller)

Album Rock Latin Urban atau Alternatif Terbaik: Dale (Pitbull)

Album Pop Latin Terbaik: A Quien Quiera Escuchar (Deluxe Edition) (Ricky Martin)

..

32 dibaca
Berita Harian X