Selasa, 16 Februari 2016 | 11:56pm

Wartawan, jurugambar NSTP raih anugerah media UMT


FAIZUL Azlan Razak (kanan) wartawan sambilan Berita Harian, merangkul hadiah bagi kategori Penulisan Berita Bahasa Melayu Terbaik Penyelidikan, wartawan sambilan New Straits Times, Zarina Abdullah (dua dari kanan) kategori Bahasa Inggeris terbaik (Ruangan Pendidikan), Jurugambar NSTP, Aswadi Alias (kiri) mengungguli kategori Gambar Terbaik Pendidikan manakala jurugambar sambilan NSTP cawangan Terengganu, Wan Nur Syahirah Wan Abdullah (dua dari kiri) menang bagi kategori Gambar Terbaik Penyelidikan pada Majlis Apresiasi Media (MAM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2016 malam tadi. - Foto Syafiq Ambak

KUALA TERENGGANU: Dua wartawan sambilan dan dua jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mengungguli tiga hadiah utama pada Majlis Apresiasi Media (MAM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2016, sebentar tadi.

Faizul Azlan Razak, wartawan sambilan BH, merangkul hadiah bagi kategori Penulisan Berita Bahasa Melayu Terbaik Penyelidikan, manakala jurugambar NSTP, Aswadi Alias, mengungguli kategori Gambar Terbaik Pendidikan.

Zarina Che Abdullah memenangi hadiah bagi kategori penulisan berita bahasa Inggeris.

Jurugambar sambilan, Wan Nur Syahirah Wan Abdullah pula menang kategori Gambar Terbaik Penyelidikan.

Setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM400 dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Berita Harian X