Jumaat, 19 Februari 2016 | 7:07pm

Rihanna tak sihat tangguh konsert


AMBAR fail diambil pada 12 Februari, Rihanna menghadiri pertunjukan New York Fashion Week di New York. - Foto REUTERS

NEW YORK: Penyanyi Rihanna menangguhkan permulaan konsert jelajah dunia beberapa hari selepas bintang R&B itu tidak menghadiri majlis anugerah Grammy kerana sakit yang menjejaskan suaranya.

Konsert pertama siri jelajah 'Anti' itu kini dijadualkan pada 12 Mac di Jacksonville, Florida, menurut laman web penyanyi itu dan pengumuman di lokasi.

Rihanna sebelum ini dijangka membuka siri jelajah dunianya pada 26 Februari ini di San Diego, tetapi menangguhkan lapan pertunjukan.

Penyanyi berkenaan juga membatalkan persembahannya Isnin lalu pada anugerah Grammy.

Wakil beliau berkata, penyanyi kelahiran Barbados itu jatuh sakit dan diarahkan doktor supaya merehatkan suaranya untuk mengelakkan kerosakan kekal. - AFP

Rihanna dijangka menamatkan siri persembahannya pada 12 Ogos di Zurich. - AFP

Berita Harian X