Jumaat, 19 Februari 2016 | 10:02pm
KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler selepas terbabas di Kilometer 176.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Jasin, Melaka. - Foto ihsan Pembaca
KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler selepas terbabas di Kilometer 176.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Jasin, Melaka. - Foto ihsan Pembaca
KEADAAN sebuah treler yang melintang di kedua-dua arah selepas terbabas dalam kemalangan maut dengan sebuah kereta Toyota Camry di Kilometer 176.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Jasin, Melaka. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

3 maut, 9 cedera nahas 4 kenderaan

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam sebuah kereta Toyota Camry yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler yang terbabas di Kilometer 176.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Jasin, Melaka. Dalam kejadian itu, tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala sembilan lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jasin. - Foto ihsan Pembaca

JASIN: Tiga maut dan sembilan cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, di Kilometer 176.4 di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, pemandu treler, Muhammad Saiful Om, 31, dari Selangor dan dua penumpang kereta Toyota Camry, Mohd Nizan Abdul Rahim serta Halid Haron masing-masing berusia 48 tahun, maut di tempat kejadian.

Jurucakap polis, berkata siasatan awal mendapati treler yang dipandu Muhammad Saiful dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur dipercayai melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

"Ia menyebabkan kemalangan membabitkan sebuah lori kontena, Toyota Camry, dan Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan.

"Kejadian turut menyebabkan tiga penumpang lori kontena, empat penumpang Perodua Myvi dan seorang penumpang Toyota Camry cedera, manakala seorang lagi yang menaiki kereta Toyota Camry yang sama parah," katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian keadaan jalan licin kerana hujan.

"Tiga mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Jasin, manakala sembilan yang cedera, termasuk seorang parah dihantar ke Hospital Tangkak, Johor," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X