Ahad, 21 Februari 2016 | 4:46pm

Syor akta untuk blogger, media dalam talian

TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (tengah) beramah mesra dengan pelajar yang mendapat bantuan BR1M di Majlis Penyerahan BR1M (Bantuan Awal Sesi Persekolahan) 2016 di SMK Sri Rahmat, Tampoi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (tengah) beramah mesra dengan pelajar yang mendapat bantuan BR1M di Majlis Penyerahan BR1M (Bantuan Awal Sesi Persekolahan) 2016 di SMK Sri Rahmat, Tampoi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan undang-undang digubal untuk media dalam talian dan penulis blog supaya hanya berita sah dikeluarkan, sekali gus memastikan mereka beretika dan bertanggungjawab.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata cadangan akan dikemukakan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM) yang bertanggungjawab mengendalikan media dalam internet.

Katanya, pihaknya hanya bertanggungjawab bagi media cetak dan elektronik mengikut Akta Media Cetak.

"KDN hanya mengawal akhbar menerusi Akta Mesin Cetak tetapi kita mendapati akta ini tidak memadai untuk memastikan tahap atau mutu penulisan berita di negara kita dibuat secara sah, betul dan beretika.

"Kita ingin membantu KMM menggubal undang-undang yang boleh mengawal berita dalam talian supaya mereka yang menggunakan medium online seperti blogger mempunyai etika dan mengeluarkan berita bermutu, bukannya palsu atau memburukkan sesiapa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2016, di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat di sini, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X