Isnin, 22 Februari 2016 | 1:23pm

Adira enggan ulas cerita hamil


PENYANYI Adira Suhaimi.

KUALA LUMPUR : Penyanyi Adira Suhaimi, 25, enggan mengulas mengenai desas-desus kehamilan tersebar di media sosial, sebaliknya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat beliau dan suami.

"Minta maaf...buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana asalnya berita itu bukan keluar dari mulut kami.

"Cuma apabila diucapkan ramai orang, ia umpama doa buat kami.

Apa yang dapat saya kongsi, doakan perkara yang baik-baik buat saya dan suami.

"Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan saya memilih untuk mengunci mulut buat sementara waktu. Harap semua faham" katanya kepada BH Online.

Berita kehamilan pelatun lagu Hilang itu bertebaran di sosial media apabila suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, 38, meninggalkan komen gambar botol susu.

Terdahulu, naib juara Akademi Fantasia 2010 itu mendedahkan beliau telah berkahwin di Songkhla, Thailand.

Berita Harian X