Rabu, 24 Februari 2016 | 1:39pm

Pesawat penumpang hilang di Nepal

PESAWAT berkembar Tara Airlines mendarat di Lapangan Terbang Jomsom, di Jomsom. - Foto EPA
PESAWAT berkembar Tara Airlines mendarat di Lapangan Terbang Jomsom, di Jomsom. - Foto EPA

KATHMANDU: Sebuah pesawat penumpang dilapor hilang dekat kawasan pergunungan Nepal, awal hari ini bersama 21 penumpang, kata sebuah syarikat penerbangan.

Tara Air berkata, helikopter penyelamat sudah dihantar untuk mencari pesawat jenis Twin Otter, yang terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara lapan minit sejurus selepas meninggalkan bandar barat Pokhara pagi tadi.

Jurucakap Tara Air, Bhim Raj Rai, berkata seramai 18 penumpang, termasuk dua warga asing dan tiga anak kapal berada dalam pesawat itu.

Nepal, yang masih belum pulih sepenuhnya daripada bencana gempa bumi April lalu, berdepan sejumlah nahas udara beberapa tahun kebelakangan ini, hingga menjejaskan industri pelancongannya.

Kebanyakannya dikaitkan dengan juruterbang kurang berpengalaman, pengurusan yang lemah dan penyelenggaraan yang tidak mencukupi.

Sektor penerbangan negara itu dikecam pihak berkuasa antarabangsa dan pada tahun 2013, Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan semua syarikat penerbangan Nepal untuk terbang ke sana. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X