Selasa, 1 March 2016 | 4:16pm

Pelajar Tingkatan Empat parah motosikal rempuh bas


DUA pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Kuala Langat, parah apabila motosikal dinaiki merempuh belakang bas, pagi tadi. - Foto PDRM

KEADAAN motosikal pelajar yang melanggar belakang bas. - Foto PDRM

KUALA LANGAT: Dua pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, parah apabila motosikal dinaiki merempuh belakang bas, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, penunggang motosikal dipercayai tidak sempat mengelak bas yang berhenti untuk mengambil penumpang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Zailan Tasir, berkata ia menyebabkan penunggang motosikal parah manakala pembonceng hanya cedera ringan.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil." katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Berita Harian X