Selasa, 1 March 2016 | 4:54pm

Pembayar cukai individu, syarikat meningkat


MENTERI Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

CYBERJAYA: Bilangan pembayar cukai individu meningkat 3.6 peratus manakala jumlah pembayar cukai syarikat meningkat 3.9 peratus tahun lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, memuji kecekapan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam mengutip cukai walaupun negara berdepan kutipan hasil minyak dan gas yang berkurangan.

"Pertambahan jumlah pembayar cukai ini adalah hasil jaringan diwujudkan LHDN dengan individu dan syarikat di seluruh negara.

"Kejatuhan harga minyak dan gas di pasaran dunia turut memberi kesan kepada jumlah kutipan cukai keseluruhan tahun lalu apabila sejumlah RM121.36 bilion dikutip, sedikit menurun berbanding kutipan RM133.7 bilion pada tahun 2014," katanya berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Hasil ke-20 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi LHDN, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Berita Harian X