Khamis, 3 March 2016 | 9:12pm

Najib mahu lepasan SPM bincang rancangan masa depan

LAMAN Facebook Datuk Seri Najib Razak.
LAMAN Facebook Datuk Seri Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang baru menerima keputusan hari ini supaya membuat pilihan bijak mengenai masa depan mereka.

Beliau menasihatkan mereka supaya berbincang dengan ibu bapa, guru dan kaunselor pendidikan sebelum membuat keputusan.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata mereka juga perlu mendengar kepada kata hati masing-masing.

"Semoga berjaya kepada calon-calon ‪#‎spm2015‬ yang menerima keputusan hari ini. Ramai daripada anda akan mengambil langkah seterusnya dalam menentukan bidang prauniversiti dan kerjaya selepas ini.

"Insya-Allah, kejayaan akan datang kepada mereka yang benar-benar berusaha," kata beliau.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini, seramai 9,721 orang calon SPM 2015 telah mendapat keputusan cemerlang (Gred A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X