Jumaat, 4 March 2016 | 12:28pm

Polis Peru tahan pelancong berbogel

ADAM Burton dan Eric Xavier Mariec.
ADAM Burton dan Eric Xavier Mariec.

LIMA: Pihak berkuasa Peru menahan sepasang pelancong Eropah yang berbogel untuk mengambil gambar dekat runtuhan Machu Picchu, lapor media.

Difahamkan pengawal ternampak dua lelaki, seorang rakyat Britain dan Perancis selepas mereka menanggalkan pakaian untuk mengambil gambar bogel dengan telefon bimbit, lapor agensi berita Andina yang memetik polis.

Mereka dibawa ke balai polis dan kemudian dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan salah laku moral.

Peru meningkatkan pengawasan di tapak bersejarah itu sejak Mac 2014 apabila gambar bogel dan tindakan melulu menjadi semakin lazim di Machu Picchu.

Runtuhan dikenali sebagai Inca citadel dari abad ke-15 itu dipilih sebagai tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1983. -AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X