Selasa, 8 March 2016 | 7:33am

Trafik sesak di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di sekitar Lembah Klang pagi ini mula sesak berikutan orang ramai mula keluar untuk bekerja.

Twitter @PLUSTRAFIK melaporkan, setakat jam 7 pagi tadi, kenderaan bergerak perlahan di Lebuhraya Persekutuan selepas Tol Batu Tiga menghala Sunway.

Trafik juga perlahan selepas Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar dan dari Tol Damansara ke Kayu Ara.

PLUS turut melaporkan terdapat lori membawa kontena rosak di lorong kiri Kilometer 460 dari Sungai Buloh menghala ke Kota Damansara.

Justeru, PLUS menasihatkan pemandu supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dan selamat sampai ke destinasi dituju.

Berita Harian X