Sabtu, 12 March 2016 | 1:06am

Najib ucap tahniah kepada Pandelela, Mun Yee

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada penerjun kebangsaan, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee yang meraih pingat gangsa pada hari pembukaan Siri Terjun Dunia di Beijing.

Pandelela-Mun Yee menyumbang pingat gangsa dalam acara 10m platform wanita seirama.

"Tahniah kepada Pandelela Rinong_Official dan Leong Mun Yee kerana menang pingat gangsa di Siri Terjun Dunia Beijing! Teruskan dan buatkan kami bangga di ‪#‎Rio2016‬," katanya di akaun Facebooknya, Najib Razak, di sini.

Pandelela yang berganding buat kali pertama dengan Mun Yee sejak Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia, menewaskan juara Sukan Komanwel Glasgow, Meaghan Benfeito-Roseline Filion untuk kedudukan podium daripada enam gandingan yang beraksi di peringkat akhir. - BERNAMA

Berita Harian X