Sabtu, 12 March 2016 | 12:16pm

Bincang tambah perjawatan doktor kerajaan


Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menangani masalah kekurangan perjawatan bagi pegawai perubatan di hospital kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata ketika ini ramai graduan perubatan terpaksa menunggu lama sebelum dapat berkhidmat di hospital kerajaan.

"Masalah sekarang adalah kekurangan penawaran jawatan. Ada graduan sudah jalani latihan di hospital, tetapi selepas itu terpaksa tunggu lama sebelum dapat berkhidmat sebagai pegawai perubatan.

"Sekarang nisbah kita adalah seorang doktor untuk 600 pesakit. Jumlah itu membebankan pegawai perubatan. Maka, kita akan berbincang dengan JPA dalam tempoh terdekat untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melepaskan 1,500 peserta Jambori Mountainbike Balik Pulau 2016 di Politeknik Balik Pulau, di sini pagi tadi.

Berita Harian X