Isnin, 14 March 2016 | 1:05pm

Mesyuarat tergempar bincang isu cuaca panas

MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu cuaca panas yang kini melanda negara sebelum dibawa ke Kabinet, Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata cuaca panas tidak boleh diambil ringan kerana ia dijangka berulang pada tahun akan datang.

"Mesyuarat tergempar itu diadakan bersama Kementerian Pendidikan; Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, termasuk Jabatan Meteorologi.

"Ia bagi memikirkan dasar baharu berhubung isu cuaca panas. Kita mempunyai Ahli Jawatankuasa Kebangsaan untuk atasi masalah jerebu, tetapi belum ada untuk cuaca panas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, sebentar tadi.

Berita Harian X