Jumaat, 18 March 2016 | 12:03am

Fungsi berus solekan

PENGGUNAAN berus yang betul mampu memberi kesan pada wajah yang lebih cantik dan sempurna selepas selesai bersolek.

Terlalu banyak jenis berus solekan ada di pasaran sehingga kadangkala membuatkan anda bingung dan keliru dengan jenis dan fungsinya.

Berikut adalah panduan memilih dan mendapatkan berus bersesuaian sebagai set permulaan bagi mereka yang suka bersolek.

1. Berus bulat bedak asas

Kegunaan: Untuk bedak asas dan cecair.

Cara penggunaannya: Bentuknya yang bulat seperti kubah menjadikan ia padat dan mampu menyerap bedak dengan mudah dan menyapu secara rata. Sapukan berus pada bedak asas dan tekan dengan gerakan menggolek pada kulit muka untuk meratakannya.

Anda boleh menggunakan berus ini untuk meratakan bedak asas cecair secara gerakan membulat. Ia adalah berus asas dan diperlukan untuk bedak asas serta cecair.

2. Berus bedak

Kegunaan: Untuk bedak tabur atau bedak padat.

Cara penggunaannya : Bentuknya yang besar dan lembut menjadikan bedak mudah terkumpul. Anda perlu mengetuk lebihan bedak sebelum menggunakannya dengan gerakan menyapu ke seluruh wajah.

Kebanyakan bedak tabur dan bedak padat menyediakan aplikator sendiri, tetapi jika mampu beli berus ini.

3. Berus concealer rata

Kegunaan: untuk menghilangkan cela

Cara penggunaannya: Hujungnya yang rata memudahkan solekan diadun. Ia juga memberikan kesan penyapuan yang lebih sekata.

Anda perlukan ini jika mahu menggunakan pengawal noda lebih tebal.

4. Berus kipas

Kegunaan: Untuk bedak tabur dan membersihkan lebihan bedak.

Cara penggunaannya: Berus berbentuk kipas ini dihasilkan untuk digunakan dengan bedak tabur. Bulunya yang lembut dan panjang menyapu lebihan bedak dan memberikan kemasan lengkap. Ia boleh digunakan dengan mudah menyapu lebihan bedak di muka.

5. Berus bersudut

Kegunaan : Untuk pemerah pipi dan memb entuk kontur pipi.

Cara penggunaannya: Berus yang bersudut mempelbagaikan kegunaan berus ini. Ia boleh digunakan untuk menyapu pemerah pipi dan membentuk kontur pipi. Anda hanya perlu mengoles berus ke wajah dan membuang lebihan bedak di muka. Bentuknya yang bersudut memberikan kontur bertepatan untuk wajah.

6. Berus pembayang bulat

Kegunaan: Untuk pembayang mata

Cara penggunaannya: Bulunya yang pendek dengan permukaan besar dan rata sesuai untuk aplikasi lembut pada seluruh kelopak mata. Ia mempunyai saiz berbeza, jadi anda perlu mencuba terlebih dulu sebelum membelinya. Bulu berus ini sepatutnya lembut. Ia adalah koleksi yang perlu ada dalam simpanan anda.

7. Berus adunan pembayang mata

Kegunaan: Mengadun pembayang mata dan juga menyerlahkan tulang kening.

Cara penggunaannya: Berus ini padat dengan bulu, sesuai menyapu pembayang mata di sepanjang kelopak mata dan kening.

8. Berus pembayang mata bersudut

Kegunaan: Untuk pembayang mata

Cara penggunaannya: Berus bersudut ini membantu anda membentuk smokey eye. Anda hanya perlu mengikut sudut kelopak mata dan sapu secara berulang untuk mengadun warna. Anda juga boleh menggunakannya untuk menggariskan bahagian bawah garis mata dengan menggunakan pembayang mata.

9. Berus penggaris mata halus

Kegunaan: Untuk jel penggaris mata, pensel penggaris mata, cecair penggaris mata dan pembayang mata.

Cara penggunaannya: Hujung halus berus ini memberikan garisan sempurna tidak kira apa juga jenis penggaris mata yang anda gunakan. Anda juga boleh mengawal ketebalan garisan mata dengan menggunakan berus jenis ini. Dengan menggunakannya anda akan mendapati hasil yang amat berbeza.

10.Berus kening condong

Kegunaan: Untuk penggaris kening jenis serbuk, cecair atau krim.

Cara penggunaannya: Berus yang condong boleh digunakan untuk menghasilkan garis kening yang cantik dan simetri.Gunakan bahagian bulu yang pendek ketika menyapu solekan di kawasan yang jarang untuk membentuk kening.

11. Sikat dan berus kening

Kegunaan: Untuk kening dan bulu mata.

Cara penggunaannya: Sebelah bahagiannya adalah sikat manakala bahagian lain adalah berus.Anda boleh menggunakan keduadua bahagian untuk merata dan membentuk kening. Bahagian sikat boleh digunakan pada bulu mata. Ia adalah sebagai tambahan dalam kit permulaan solekan anda.

12. Berus bibir

Kegunaan: Untuk menyapu gincu.

Cara penggunaannya: Berus kecil ini sesuai untuk mendapatkan garisan bibir yang sekata dan sempurna. Ia juga digunakan untuk memberikan kemasan rata kerana bulu yang pendek dan padat membuatkan ia mampu mencecah bahagian tepi bibir.

Berita Harian X