Rabu, 23 March 2016 | 4:13pm

ABPBH: Calon 5 teratas 13 kategori diumum


PENGARANG Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali (baris belakang, lapan dari kiri) dan Pengarah Urusan Volkswangen, Armin Keller (sembilan dari kiri) ketika bergambar bersama artis finalis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 pada majlis pengumumannya di Balai Berita Bangsar, hari ini. - Foto Hasriyasyan Sabudin

KUALA LUMPUR: Kehangatan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 mula dirasai apabila calon lima teratas bagi 13 kategori yang dipertandingkan diumumkan hari ini.

Pada tahun ini juga selain memperkenalkan kategori baru, Artis Versatil Popular turut dirangkumkan kategori Pengacara TV, Penyampai Radio dan Artis Komedi menjadi satu kategori.

Menerusi calon top 5 yang diumumkan, pelawak terkenal yang juga pemenang Artis Komedi Lelaki Popular, ABPBH 2014, Abam Bocey mendominasi pencalonan apabila disenaraikan dalam tiga kategori iaitu Pelakon Filem Popular, Artis Komedi Popular dan Artis Versatil Popular.

Manakala Emma Maembong, Fathia Latiff dan Siti Saleha masing-masing dicalonkan dalam dua kategori iaitu Pelakon Wanita Popular untuk filem dan TV. Sharnaaz Ahmad dan Remy Ishak juga dicalonkan dalam dua kategori iaitu Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Tak ketinggalan Neelofa menerusi dua kategori iaitu Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular. Adira pula dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

Bakat baru, Ir Radzi dan Syed Shamim juga membuat kejutan apabila mara dalam dua kategori. Ir Radzi yang terkenal dengan lagu Sempurna Waktu dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

Syed Shamim pula disenaraikan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Beberapa nama yang dilihat dominan juga tidak dicalonkan seperti Aaron Aziz, Amyra Rosli, Amar Baharin, Saharul Ridzwan, Mia Ahmad, Fara Fauzana, Zara Zya, Nabil Ahmad, Johan dan Zizan.

Seperti tahun sebelum ini, akhbar BH turut mengadakan kategori sampingan secara online di laman web ABPBH iaitu www.abpbh.com.my bermula 25 Mac depan.

Lima kategori dipertandingkan ialah Artis Trending Popular, Artis YouTube Popular, Personaliti Media Sosial Popular, Artis Ikon #Respek Popular dan Artis Aksi Selfie Popular.

ABPBH ialah satu-satunya anugerah pilihan pembaca yang dianjurkan secara konsisten di negara ini. Acara kali akan menampilkan kelainan sesuai dengan usia penganjurannya yang menghampiri tiga dekad dengan pemilihan tema #RESPEK.

Konsep #RESPEK akan diterjemahkan menerusi setiap aktiviti promosi dan publisiti ABPBH 29 yang merentasi semua platform dengan memberi penekanan terhadap media sosial dan digital.

Turut diumumkan pada sidang media ini ialah pembabitan rakan penaja seperti pengeluar motosikal tempatan, DEMAK serta jam Ice Watch, ASUS dan Volkswagen.

Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menjadi lokasi rasmi acara kemuncak yang akan diadakan pada 8 Mei depan dan disiarkan di TV3.

Sidang media ini di Balai Berita, di sini, turut dihadiri oleh Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 29, Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 29, Shamshul Azree Samshir.

Calon Top 5 ABPBH 29

Artis Baharu Lelaki Popular

1. Ippo Hafiz

2. Ir Radzi

3. Nadzmi Adhwa

4. Redza Rosli

5. Sufi

Artis Baharu Wanita Popular

1. Falisha Crossley

2. Janna Nick

3. Mira Filzah

4. Nana Sheme

5. Ruhainies

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Abam

2. Remy Ishak

3. Shaheizy Sam

4. Sharnaaz Ahmad

5. Syafie Naswip

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Emma Maembong

2. Fathia Latiff

3. Neelofa

4. Nur Risteena

5. Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Faizal Hussein

2. Fattah Amin

3. Kamal Adli

4. Remy Ishak

5. Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular

1. Emma Maembong

2. Erma Fatima

3. Fathia Latiff

4. Siti Elizad

5. Siti Saleha

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat

2. Asfan

3. Hazama

4. Ir Radzi

5. Syed Shamim

Penyanyi Wanita Popular

1. Adira

2. Aishah Aziz

3. Ayda Jebat

4. Dayang Nurfaizah

5. Eleena Harris

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular

1. Akim & The Majistret

2. Hafiz Suip & Adira

3. Joe Flizzow & SonaOne

4. Tasha Manshahar & Syed Shamim

5. Wings

Artis Komedi Popular

1. Abam

2. Amir

3. Ebby Yus

4. Shuib

5. Zulin Aziz

Artis Versatil Popular

1. Abam

2. Ajak Shiro

3. Awie

4. Didie Alias

5. Ifa Raziah

Pengacara TV Popular

1. Hazlin Hussein

2. Izreen Azminda

3. Neelofa

4. Sherry Alhadad

5. Wak Doyok

Penyampai Radio Popular

1. Abby Fana (Sinar)

2. Deen (Hot)

3. DJ Lin (Suria)

4. Feeya Iskandar (Sinar)

5. Fizie (Hot)

ABPBH Kategori Online

Artis Aksi Selfie Popular

1. Datuk Siti Nurhaliza

2. Elfira Loy

3. Emma Maembong

4. Fazura

5. Nazim Othman

6. Nora Danish

7. Saharul Ridzwan

8. Scha Alyahya

9. Shukri Yahaya

10. Zizan Razak

Personaliti Media Sosial Popular

1. Amran Fans

2. Atita Haris

3. Faizdickie

4. Kevin Zahri

5. Lara Alana

6. Mat Lutfi

7. Queen of Luna

8. Ucop

9. Vivy Yusoff

10. Wak Doyok

Artis Ikon Respek

1. Aishah Sinclair

2. Daphne Iking

3. Datuk AC Mizal

4. Datuk Aznil Nawawi

5. Hafiz Hamidun

6. Heliza Helmi

7. Maya Karin

8. Mizz Nina

9. Sazzy Falak

10. Scha Alyahya

Artis Trending Popular

1. Arja Lee

2. Atikah Suhaime

3. Ayda Jebat

4. Fasha Sandha

5. Fazura

6. Sharnaaz Ahmad

7. Tasha Shilla

8. Uqasha Senrose

9. Yuna

10. Zizan Razak

Artis YouTube Popular

1. Ainan Tasnem

2. Eleena Haris

3. Ippo Hafiz

4. Najwa Latif

5. Nana Sheme

6. Siti Nordiana

7. Syed Shamim

8. Tasha Manshahar

9. Wani (Kun Anta)

10. Wani Kayrie

Berita Harian X