Ahad, 3 April 2016 | 3:09pm
Zuraini Fadzil menunjukkan kesan luka di tangan kirinya akibat di sondol seekor babi hutan sewaktu menoreh di kebun getah di Felda Lubuk Merbau. - Foto Nurul Awatif Romli
Zuraini Fadzil menunjukkan kesan luka di tangan kirinya akibat di sondol seekor babi hutan sewaktu menoreh di kebun getah di Felda Lubuk Merbau. - Foto Nurul Awatif Romli

Penoreh getah cedera disondol babi hutan

ALOR SETAR: Seorang wanita cedera apabila isi lengannya terkoyak disondol seekor babi hutan ketika sedang menoreh getah di FELDA Lubuk Merbau, Padang Terap, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 9.45 pagi ketika mangsa, Zuraini Fadzil, 46, berada di kebun getah terbabit bersama suaminya, Zulkifli Daud, 45, dan anak bongsu mereka Zulaikha, 10, sebelum tiba-tiba dihampiri haiwan liar itu.

"Kejadian terlalu pantas menyebabkan saya tidak sempat melarikan diri apabila diserang babi hutan jantan yang agresif itu. Babi hutan itu terus meluru ke arah saya dan saya yang cuba berlari gagal apabila kaki tersangkut pada akar pokok.

"Sebaik jatuh tersembam, babi hutan itu terus menyondol saya menyebabkan lengan kiri cedera. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menjerit meminta tolong kerana ketika itu suami berada agak jauh kira-kira 50 meter dari situ," katanya.

Zuraini berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk menoreh, namun berharap tindakan dapat diambil pihak berkuasa untuk mengelak kejadian sama berulang.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X