Isnin, 4 April 2016 | 8:17am

Cuaca cerah pagi ini - Meteorologi

KUALA LUMPUR: Cuaca dilaporkan cerah di seluruh negara pagi ini apabila tiada hujan dijangka turun.

Menurut kenyataan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), semua tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dilaporkan menerima cuaca baik dengan suhu antara 18 hingga 29 darjah Celcius.

Beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak pula dilaporkan berkabus. Bagaimanapun, pada waktu petang berlaku perubahan cuaca apabila beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu dijangka hujan, selain ribut petir dijangka di satu dua tempat di negeri lain, manakala tiada hujan di Perlis.

Di Sabah pula, hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di Labuan dan ribut petir di satu dua tempat di pedalaman.

Bagaimanapun, semua kawasan di Sarawak dijangka menerima ribut petir di satu dua tempat.

Pada waktu malam pula, hujan di satu dua tempat dijangka berlaku di Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan, selain di Betong, Bintulu, Kapit, Kuching, Miri, Mukah, Samarahan, Sarikei dan Sri Aman di Sarawak.

Berita Harian X