Rabu, 6 April 2016 | 12:43pm
Putri Aleesya.
Putri Aleesya.

'Saya kini seperti supermom' - Hanez Suraya

Hanez dan suami bahagia dengan kehadiran Putri Aleesya.
Hanez dan suami bahagia dengan kehadiran Putri Aleesya.

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun lebih tidak berlakon, Hanez Suraya mengakui sesekali perasaan rindu untuk kembali beraksi di depan kamera datang bertandang.

Begitupun, berikutan tumpuannya kini diberikan sepenuhnya kepada rumah tangga dan anak tersayang, Putri Aleesya, segala keinginan itu dilupakan olehnya seketika.

"Jika diikutkan rasa hati, memang saya berasa rindu untuk berlakon semula. Bagaimanapun keadaan belum mengizinkan saya berbuat demikian.

"Tawaran untuk saya membintangi drama memang ada, cuma waktunya kurang sesuai. Jadi, nampaknya belum ada rezeki untuk saya kembali ke lokasi penggambaran," kata pemilik nama sebenar Hanez Suraya Abdul Aziz, 30.

Hanez dan suami bahagia dengan kehadiran Putri Aleesya.
Hanez dan suami bahagia dengan kehadiran Putri Aleesya.

Menurut bintang drama Autumn Di Hatiku itu, lebih menyukarkannya untuk menerima undangan berlakon buat waktu ini apabila segala urusan berkaitan rumah tangga diuruskan sendiri olehnya.

"Saya menguruskan sendiri keluarga dan anak, tanpa pertolongan pembantu rumah. Pendek kata, saya kini jadi 'supermom' kerana menguruskan segala-galanya," katanya kepada BH Online.

Hanez berkahwin dengan Romie Razin Adilha pada Mac tahun lalu.

Beliau melahirkan puteri pertamanya itu pada penghujung 2015. Menerusi perkahwinan terdahulu, Romie dikurniakan dua anak.

Berita Harian X