Khamis, 7 April 2016 | 7:15pm

Malaysia jumpa Timor Leste lagi


PASUKAN Harimau Malaysia diundi akan bertemu Timor Leste pada perlawanan kalah mati Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE di AFC House, hari ini.
- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Timor Leste sekali lagi akan menjadi lawan Harimau Malaysia ketika kedua-dua pasukan diundi bertemu pada aksi playoff kelayakan Piala Asia 2019, 2 dan 7 Jun ini.

Daripada rekod dua perlawanan ketika aksi Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 sebelum ini, ia mungkin berpihak kepada skuad negara ketika meraih satu kemenangan dan sekali seri.

Pada aksi pertama Jun tahun lalu, Harimau Malaysia ketika itu dibimbing Dollah Salleh seri 1-1 dan timbal balik di Dili pada Oktober menyaksikan skuad negara yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee menundukkan lawan itu 1-0

Harimau Malaysia terpaksa mengharungi pusingan play-off selepas sekadar menamatkan saingan Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 di tempat keempat dengan empat mata manakala Timor Lester tercorot sekadar dua mata.

Berikut keputusan undian play-off yang diadakan di sini, hari ini.

MALAYSIA mln Timor Leste

Taiwan mln Kemboja

Maldives mln Yaman

Tajikistan mln Bangladesh

Laos mln India

Berita Harian X