Isnin, 11 April 2016 | 8:46am

Kemalangan di KM14.8 NKVE, trafik perlahan

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Setia Alam menuju ke Damansara diminta bersabar berikutan kemalangan di Kilometer (KM) 14.8 arah selatan yang menyebabkan lorong kanan dan kiri terhalang.

PLUS, menerusi laman Twitternya yang melaporkan kemalangan itu pada jam 7.19 pagi tadi, menjangkakan kesesakan di laluan itu akan berlarutan sehingga kerja membersihkan tempat kemalangan selesai.

Satu kemalangan turut dilaporkan di KM 254.3 arah utara dari Pedas Linggi ke Senawang, bagaimanapun, tiada laluan terhalang dan trafik lancar.

Sementara itu, kesesakan turut dilaporkan berlaku di kebanyakan laluan di sekitar ibu negara dan keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa jam lagi.

Keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan Lebuhraya Pantai Timur lancar di kedua-dua hala sepanjang lebuh raya.

Berita Harian X