Isnin, 11 April 2016 | 3:47pm

Pelaburan baharu syarikat MSC RM4.6b tahun lalu

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan rekod tertinggi bagi jumlah pelaburan baharu membabitkan syarikat MSC Malaysia pada 2015 meskipun berdepan persekitaran ekonomi mencabar.

Pada 2015, jumlah pelaburan baharu bagi syarikat MSC Malaysia adalah sebanyak RM4.6 bilion, tertinggi sejak penubuhannya pada 1996.

Jualan eksport syarikat MSC Malaysia menyumbang RM16.2 bilion daripada RM13.7 bilion pada 2014.

Dari segi kewujudan peluang kerja, jumlah pekerjaan bersih meningkat 16 peratus kepada 10,981 pada tahun lalu.

Prestasi MSC Malaysia itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDeC), Datuk Yasmin Mahmood, hari ini.

Pada taklimat mengenai pretasi MSC Malaysia itu, Yasmin juga mengumumkan nama baharu bagi MDeC dengan kini dikenali Malaysia Digital Economy Corporation sejajar dengan mandat oleh kerajaan untuknya memacu ekonomi digital.

Sebelum ini MDeC dikenali Multimedia Development Corporation.

Berita Harian X