Isnin, 11 April 2016 | 5:41pm
ANGGOTA polis Russia. - Foto hiasan

Militan serang balai polis di Russia

MOSCOW: Tiga militan dilaporkan cuba menyerang sebuah balai polis di selatan Russia, hari ini dan mereka semua sama ada dibunuh atau pun meletupkan diri.

Menurut laporan agensi berita Russia tiada pegawai polis atau orang awam terbabit dalam serangan awal pagi ini di bandar Novoselitskoye dalam wilayah Stavropol.

Identiti militan itu belum dapat dipastikan ketika ini. - AP

Berita Harian X