Jumaat, 15 April 2016 | 10:03pm

Kanak-kanak 10 tahun lemas mandi bersama rakan

KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Galas, Dabong, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Muhamad Fadhil Mohd Ghazali dikatakan mandi di lokasi berkenaan bersama tiga rakannya kira-kira 30 minit sebelum dilaporkan lemas.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata berdasarkan keterangan rakan mangsa, Muhamad Fadhil pergi ke lokasi dalam sebelum tenggelam.

Katanya, rakan mangsa yang melihat keadaan Muhamad Fadil meminta tolong penduduk kampung sebelum mayat mangsa ditemui jam 5.05 minit petang.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X