Selasa, 19 Ogos 2014 | 3:25pm

Lebih banyak projek kecil disediakan untuk kontraktor Kelas F

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membantu kontraktor Bumiputera Kelas F dengan menyediakan lebih banyak projek infrastruktur berskala kecil di kawasan luar bandar di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa projek berskala kecil akan mewujudkan kesan limpahan yang akan memenuhi keperluan 28,000 kontraktor Bumiputera Kelas F.

"Semalam, Perdana Menteri memberi jaminan kepada Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkobf) bahawa kerajaan akan terus membantu anggotanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Perkobf di sini, hari ini.

Dalam ucapannya Presiden Perkobf Tukiman Radion menggesa kerajaan mengurangkan bilangan kursus yang perlu dihadiri kontraktor bagi memperoleh lesen kepada satu, memandangkan ia memakan kos yang tinggi.

Ahmad yang dilantik sebagai penasihat Perkobf, berkata Kementerian Kewangan akan meneliti perkara itu dan mengemukakannya kepada Kementerian Kerja Raya.

- BERNAMA

17 dibaca
Berita Harian X