Khamis, 21 April 2016 | 1:12pm

Rihanna atasi Beatles paling lama dalam carta

NEW YORK: Bintang Pop, Rihanna mengatasi The Beatles sebagai artis yang berada dalam carta single Amerika Syarikat kedua paling lama.

Lagu Rihanna, 'Work' yang menampilkan penyanyi rap, Drake dan lagu pertama dalam album terbaharunya, 'Anti' masuk minggu kesembilan di tanggap teratas carta single Billboard selama tujuh hari sehingga Jumaat lalu.


BINTANG Pop, Rihanna. - Foto AFP

Majalah Billboard yang menerbitkan carta minggu sejak 1958, hari ini mengesahkan penyanyi kelahiran Barbados itu sudah 60 minggu di kedudukan teratas secara keseluruhan, lebih seminggu berbanding The Beatles.

Namun beliau masih jauh untuk mengalahkan rekod teratas daripada Mariah Carey yang mengekalkan kedudukan teratas selama 79 minggu. - AFP

Berita Harian X