Jumaat, 22 April 2016 | 12:05am
MUHAMMAD Suhaime menunjukkan teknik mengalunkan azan. - Foto Rasul Azli Samad
MUHAMMAD Suhaime menunjukkan teknik mengalunkan azan. - Foto Rasul Azli Samad

Taranum azan terapi angin ahmar


MELAKA: Seorang bekas bilal menjadikan taranum azan sebagai terapi angin ahmar yang dihidapinya hingga berjaya menguasai 10 gaya mengalunkan azan.

Bekas bilal Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama, Muhamad Suhaime Ismail, 42, berkata beliau diserang penyakit itu pada tahun 2007 menyebabkan tugasnya terganggu.

"Sejak mengalami penyakit ini, saya berusaha memperbaiki diri dengan menjadi muazzin di mana-mana masjid yang dikunjungi untuk bersolat, di samping menjadi pengamal perubatan alternatif sejak 18 tahun lalu.

"Saya cuba mencari dan mendalami sendiri ilmu ini (taranum) di seluruh negara," kata pasangan kepada suri rumah, Nik Azlina Arifin, 28.

Selepas pulih, Muhamad Suhaime berkata, beliau sendiri tidak menyedari kebolehannya itu sehingga diberitahu oleh beberapa rakan dan jemaah yang hadir ke surau atau masjid yang dikunjunginya untuk melaungkan azan apabila masuk waktu solat.

TEMUBUAL bersama Muhammad Suhaime di Surau Al-Hidayah, Taman Pertam Jaya. - Foto Rasul Azli Samad
TEMUBUAL bersama Muhammad Suhaime di Surau Al-Hidayah, Taman Pertam Jaya. - Foto Rasul Azli Samad

MUHAMMAD Suhaime melaungkan azan dengan cara yang tersendiri di Surau Al-Hidayah, Taman Pertam Jaya. - Foto Rasul Azli Samad
MUHAMMAD Suhaime melaungkan azan dengan cara yang tersendiri di Surau Al-Hidayah, Taman Pertam Jaya. - Foto Rasul Azli Samad

Ini kerana, katanya, minatnya yang mendalam untuk melaungkan azan ketika berusia tujuh tahun, diasah dengan merujuk pelbagai imam dan qari sehingga memiliki bakat itu.

Bekas pegawai syarak di Jabatan Agama Islam Melaka itu juga berkata, beliau sendiri berlatih melaungkan azan dengan gaya tersendiri dan berbeza setiap kali masuk waktu solat.

Katanya, Jun tahun lalu, beliau berpeluang menyertai misi bantuan kemanusiaan bersama UMNO Bahagian Tangga Batu ke Palestin, memberi pengalaman berharga baginya.

Di negara itu, penduduk di sana seolah-olah meminati azan yang diperdengarkannya yang dirasai hampir sama dengan Masjidil Haram, Makkah, ketika bersolat di sebuah pusat beli-belah.

"Walaupun tanpa pembesar suara, sesetengah mereka menganggap bagaikan berada di Makkah ketika mendengar azan saya. Sebaik selesai, saya dikerumuni, malah ada yang memberi hadiah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menganggap itu sebagai satu kelebihan sebaliknya hanya melaksanakan tanggungjawab untuk bersolat bersama umat Islam lain.

MUHAMAD MINAT yang mendalam Muhamad Suhaime untuk melaungkan azan diasah dengan merujuk pelbagai imam dan qari sehingga memiliki bakat itu. - Foto Rasul Azli Samad
MUHAMAD MINAT yang mendalam Muhamad Suhaime untuk melaungkan azan diasah dengan merujuk pelbagai imam dan qari sehingga memiliki bakat itu. - Foto Rasul Azli Samad

Lelaki bertubuh kecil itu berkata, kesempatan itu juga diambilnya untuk menziarahi makam sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu muazzin pertama Islam, Bilal bin Rabah.

"Ketika memperdengarkan azan di makam Bilal bin Rabah pula, saya seolah-olah mendapat sanat (tauliah)," katanya yang menyertai misi menyampaikan bantuan makanan kepada anak Palestin yang ibu bapa mereka dibunuh dan dipenjara.

Katanya, ada lebih 10 jenis taranum di dunia antaranya alhijjaz, rash, shiqa, jiharkah, bayyati, nahawand, mekah dan madinah, namun saya mendapati muazzin di negara ini lebih memilih gaya nahawand kerana bunyinya lebih lantang walaupun singkat.  

"Mungkin ramai yang masih keliru setiap jenis taranum ini kerana kurang mendapat pendedahan, namun ia dapat didengar jelas menerusi azan Maghrib di televisyen, contohnya TV3 memainkan taranum soba jiharkah, manakala TV1 pula nahawand," katanya.

Beliau turut berkongsi beberapa jenis taranum yang dibacakan kepada penulis bagi mendapatkan gambaran berbeza dan jika diamati memang jelas mempunyai kelainan.

MUHAMMAD Suhaime (berdiri, tengah) bergambar bersama Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatoni Al-Makki (duduk, tengah) di Surau Al-Hidayah, Taman Pertam Jaya. - Foto Rasul Azli Samad
MUHAMMAD Suhaime (berdiri, tengah) bergambar bersama Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatoni Al-Makki (duduk, tengah) di Surau Al-Hidayah, Taman Pertam Jaya. - Foto Rasul Azli Samad

"Jika jenis shiqa, alunannya berbunyi seperti berzanji, jiharkah pula lebih kepada sebutan simbolik, manakala nahawand qurdi seperti mendayu," katanya.

Katanya melaungkan azan mengikut gaya taranum tertentu juga memerlukan teknik yang betul seperti pernafasan, disiplin dan ketenangan, selain bakat semula jadi supaya menepati bacaan tajwid, tidak tersekat atau lupa.

Beliau yang kini menjalankan perniagaan sendiri sebelum menjadi mudir di sebuah madrasah di Klebang, di sini, turut menerima jemputan khas menjadi muazzin bagi solat waktu Maghrib setiap minggu di rumah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

"Penyakit saya kini semakin pulih selepas mempelajari ilmu taranum ini setiap tahun, malah kualiti gaya bacaan juga semakin baik setiap hari," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X