Selasa, 26 April 2016 | 12:07am
KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - Foto Mohd Shahril Badri Saali
KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. - Foto Mohd Shahril Badri Saali
SUSPEK yang menyertai IS ditahan anggota polis.
SUSPEK yang menyertai IS ditahan anggota polis.
PEGAWAI polis trafik mengendalikan Alat Pengesan Nombor Pendaftaran Kenderaan Automatik yang digunakan ketika menjalankan Ops Saman Tertunggak di Johor Bahru.
PEGAWAI polis trafik mengendalikan Alat Pengesan Nombor Pendaftaran Kenderaan Automatik yang digunakan ketika menjalankan Ops Saman Tertunggak di Johor Bahru.
TIMBALAN Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
TIMBALAN Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

PDRM sasar capai taraf dunia

 

 

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai 113,336 pegawai dan anggota yang berkhidmat dalam 10 jabatan utama dengan pelbagai penugasan menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 1807, namun fungsi kepolisan bermula lebih awal pada zaman kesultanan Melayu menerusi pengwujudan undang-undang dan penguatkuasaan.

Selepas merdeka, pasukan PDRM diterajui oleh 10 Ketua Polis Negara bermula dengan Tan Sri Sir Claude Harry Fenner, yang berkhidmat bermula 18 September 1958 hingga 28 Februari 1966.

Kini, tampuk kepemimpinan PDRM diterajui Tan Sri Khalid Abu Bakar sejak 17 Mei 2013, menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara pada 16 Mei tahun sama.

PDRM yang meraikan sambutan sempena Peringatan Hari Polis ke-209 pada 25 Mac lalu, gigih berusaha arah pemodenan dan pemantapan organisasinya.

Sejajar perancangan menjadi `Polis Bertaraf Dunia', PDRM merangka penambahbaikan imej pasukan dengan memberi penekanan terhadap struktur dan sistem bekerja, perolehan peralatan menerusi penggunaan komputer dan teknologi maklumat terkini.

 

STAFOC.
STAFOC.

1. Cawangan Khas (SB)

* sinonim dengan gelaran SB atau Special Branch.

* bahagian terawal diwujudkan dalam PDRM dan bernaung di bawah Jabatan Siasatan Jenayah serta dikenali sebagai Jabatan Perisikan Jenayah.

* diperkemaskan pada tahun 1952 dan diasingkan daripada JSJ bagi menjadikannya antara jabatan utama PDRM.

* diterajui 18 pengarah setakat ini dengan terbaharu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

* satu daripada bahagian dalam jabatan ini pernah dikenali sebagai Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) dan dibubarkan pada tahun 2014, sebelum diwujudkan semula sebagai sebuah Divisyen Bahagian Anti Pengganas.

 

2. Jabatan Pengurusan

-Ditubuh pada tahun 1973 selepas dijenamakan semula dari cawangan pentadbiran (A1) cawangan kakitangan (A2) cawangan pengambilan dan latihan (A3) sejak 1952.

  -Pernah diterajui oleh 24 pengarah termasuk yang terkini Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

 

3. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial

  -Pada peringkat awalnya dikenali sebagai Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan atau Cawangan (D5) dibawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)

  -Bahagian ini diperbesarkan sebagai Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan (BSJP) selaras dengan pembangunan dan peningkatan kes-kes jenayah perdagangan.

  -Disusun semula pada 1 Januari 2004 sebagai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan diketuai seorang pegawai Komisioner Polis (CP).

  -Sebelum Datuk Seri Mortadza Nazarene dilantik sebagai Pengarah JSJK, jabatan ini pernah diterajui oleh empat pengarah lain.

 

4. Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)

  -Antara jabatan utama dalam pasukan PDRM kerana membabitkan siasatan jenayah.

  -Akta Polis 1967 menggariskan bahawa antara tugas polis ialah mencegah, mengesan, menangkap dan mendakwa pesalah jenayah.

  -Seramai 17 pengarah pernah mentadbir jabatan ini dan terkini adalah Datuk Seri Mohmad Salleh.

  -Ada 15 bahagian di bawah JSJ, iaitu:

  1) Bahagian Urusetia

  2) Bahagian D1 (Kepolisan Kawalan Dalaman)

  3) Bahagian D2 (Pusat Pendaftaran Jenayah Malaysia & Singapura)

  4) Bahagian D3 (Naziran)

  5) Bahagian D4 (Risikan Jenayah)

  6) Bahagian D5 (Pendakwaan/ Undang-undang)

  7) Bahagian D6 (Bantuan Teknik)

  8) Bahagian D7 (Kongsi Gelep, Judi & Maksiat)

  9) Bahagian D8 (Operasi Khas)

  10) Bahagian D9 (Siasatan Khas)

  11) Bahagian D10 (Forensik)

  12) Bahagian D11 (Siasatan Seksual/Kanak-Kanak)

  13) Bahagian D12 (Interpol)

  14) Bahagian D13 (Data Bank/DNA)

  15) STAFOC dan STAGG

 

5. Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK)

  -Jabatan ini yang ditubuhkan pada 1 Julai 2013 mulanya dikenali sebagai Jabatan Pembanterasan dan Pencegahan Jenayah (JPPJ).

  -Setahun kemudian, jabatan ini dijenamakan semula sebagai JPJKK.

  -JPJKK pernah diterajui oleh Datuk Wira Ayub Yaakob dari 1 Julai 2013 hingga 23 Ogos 2014, sebelum digantikan dengan Datuk Acryl Sani Abdullah Sani sehingga sekarang.

 

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka, Superitendan Maidu Abu Bakar (dua dari kanan) bersama anggotanya menunjukkan rampasan dadah bernilai RM70,000.
KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka, Superitendan Maidu Abu Bakar (dua dari kanan) bersama anggotanya menunjukkan rampasan dadah bernilai RM70,000.

6. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)

- Dikenali sebagai Cawangan Anti Dadah selepas ditubuhkan pada 1 Jun 1980 di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

- Selepas masalah dadah semakin berleluasa, Cawangan Anti Dadah dikeluarkan dari JSJ dan menjadi jabatan baru sebagai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJ) pada 2 Januari 1996.

- Mempunyai pasukan khas membanteras dadah iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING).

- Pada masa ini Pengarah JSJN adalah Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang juga adalah pengarah ke-11.

 

7. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA)

- KDNKA bertanggungjawab menentukan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

- Peranan dan tanggungjawab KDNKA berkembang seiring dengan peredaran dan keperluan semasa.

- Jabatan ini disusun semula pada 2 Disember 1989.

- Pada tahun 1992, Cawangan Trafik dan Unit Tindakan Khas (UTK) diserapkan dalam jabatan ini.

- Turut bernaung di bawah jabatan ini ialah Unit Tindakan Khas (UTK), Komando 69, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Polis Marin dan Unit Udara PDRM.

- Pada masa ini KDNKA diterajui oleh Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

 

 

8. Jabatan Sumber Strategik & Teknologi (StaRT)

- Mulanya dikenali sebagai Jabatan Logistik, ditukar nama kepada StaRT pada 15 Disember 2014.

- Jabatan Logistik dibentuk pada Februari 1994

- Berperanan menjamin perkhidmatan logistik yang cekap, berkualiti dan efisien demi melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

- Pengarah StaRT ketika ini adalah Datuk Zaleha Abdul Rahman.

 

9. Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)

- Jabatan kesembilan dalam PDRM, ditubuhkan 25 Julai 2014.

- Jabatan ini adalah gabungan Urus Setia Ketua Polis Negara (Tatatertib), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) dan Cawangan Naziran.

- JIPS kini diketuai Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

 

10. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)

- Jabatan paling baharu dalam PDRM yang ditubuhkan pada 25 Mac lalu, khusus untuk penguatkuasaan trafik dan menangani kes kemalangan jalan raya.

- Sebelum ini Bahagian Trafik terletak di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

-Pengarah pertama adalah Datuk Mahamad Akhir Darus yang kekal sehingga sekarang.

 

  

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X