Khamis, 5 Mei 2016 | 7:37am

Amalan makanan seimbang


Sistem penghadaman sihat dorong gaya hidup lebih baik

KADANG kala kita buntu atau keliru, namun keputusan tetap perlu dibuat. Jadi, keputusan diambil mengikut kata hati.

Meskipun penyelesaian begitu ditakrifkan sebagai kurang berasas, namun mengikut satu penyelidikan baru-baru ini, andaian itu berkemungkinan benar.

Ini boleh disamakan dengan sistem penghadaman dan otak, yang dikatakan mempunyai hubung kait sejak dari lahir.

Di peringkat embrio, ketika pembentukan sistem saraf, rabung yang dikenali puncak neutral, berpecah kepada dua organ. Kemudian, sistem itu membentuk otak dan sistem penghadaman. Justeru, tidak hairanlah ada yang mengatakan sistem penghadaman juga dikenali sebagai otak kedua.

Pengaruh emosi

Sebenarnya, sistem penghadaman berupaya mempengaruhi keseluruhan emosi seseorang. Ini kerana ia mempunyai kuasa kimia yang menghasilkan sebahagian besar bahan kimia yang diperlukan badan.

Ini termasuk serotonin, iaitu bahan kimia yang mencetuskan perasaan 'rasa-baik' dihasilkan oleh sistem penghadaman.

Begitu juga dengan lebih daripada 30 neurotransmitter lain. Meskipun kebanyakan neurotransmitter hampir sama dari segi biokimia dengan yang boleh didapati di dalam otak, namun bahan kimia berkenaan tidak memasuki otak tetapi ia memberi isyarat kepada sistem saraf pusat menerusi probiotik.

Apabila berlaku pengurangan bakteria baik dalam sistem penghadaman, jadi semakin kurang neurotransmitter yang dapat dihantar ke sistem otak sekali gus mempengaruhi emosi dan perasaan.

Amalkan pemakanan yang baik

Sistem penghadaman bertanggungjawab terhadap sistem pencernaan makanan, imunisasi badan dan mengawal-selia hormon.

Sistem penghadaman organ yang bergantung kepada keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik. Manusia mewarisi kultur dari keluarga sejak lahir, iaitu bakteria baik yang mempunyai banyak manfaat, namun memerlukan keseimbangan.

Imbangan tertentu antara bakteria baik dan bakteria tidak baik dalam sistem penghadaman berubah menerusi pemakanan.

Jadi masyarakat disarankan mengamalkan pemakanan yang baik untuk sistem penghadaman. Antaranya, mempelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia menyihatkan kerana kaya dengan sumber serat, vitamin, mineral dan antioksidan. Pemakanan seimbang memupuk bakteria baik untuk sistem penghadaman yang sihat.

Gaya hidup sihat

Begitu juga tabiat pemakanan zaman sekarang dikaitkan dengan pembinasaan flora dalam sistem penghadaman. Justeru, kita disarankan menambah baik sistem penghadaman dengan mengambil makanan yang mengandungi probiotik.

Salah satu kaedahnya ialah mengelak pemgambilan makanan yang diproses dalam diet anda di samping meningkatkan pengambilan bakteria baik seperti yang terkandung dalam VITAGEN. Dengan pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik, sistem penghadaman akan menjadi seimbang.

Masyarakat juga disarankan mempraktikkan gaya hidup sihat walaupun sibuk dengan tugas seharian. Langkah mudah ialah nikmati sebotol VITAGEN. Minuman susu kultur ini yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei.

Gabungan dua kuasa ini membantu sistem penghadaman dan memelihara imbangan tubuh yang penting untuk sistem imunisasi yang lebih kuat. Ini cara paling mudah menjaga kesihatan sistem penghadaman anda pada tahap optimum.

INFO

Tahukah anda?

  • Sistem penghadaman mempunyai 100 juta sel saraf, iaitu lebih banyak daripada saraf tunjang.
  • Sistem penghadaman banyak berhubung dengan organ penting dalam badan.
  • Sistem penghadaman mempengaruhi perasaan dan kesejahteraan hidup.

FAKTA

  • Makanan berfermentasi dan berpasteur diakui sangat baik untu memelihara sistem penghadaman di tahap optimum.
  • Sayuran berfermentasi seperti kimchi, tempe dan produk tenusu yougurt, kefir, susu kultur seperti VITAGEN dinikmati pelbagai masyarakat seluruh dunia untuk mengekalkan sistem penghadaman sihat.

437 dibaca
Berita Harian X