Jumaat, 6 Mei 2016 | 12:17pm
TENTERA Singapura (kiri) Australia ketika menjalani latihan ketenteraan bersama di Rockhampton, Australia pada November 2014. - Foto fail Reuters
TENTERA Singapura (kiri) Australia ketika menjalani latihan ketenteraan bersama di Rockhampton, Australia pada November 2014. - Foto fail Reuters

Singapura belanja AS$1.67b ganda latihan tentera di Australia

CANBERRA: Singapura akan membelanjakan sehingga AS$1.67 bilion (RM6.61 bilion) untuk menggandakan kapasiti kemudahan latihan ketenteraannya di utara Australia di bawah perjanjian dua hala baharu, menurut Perdana Menteri Australia, hari ini.

Malcolm Turnbull berkata, pelaburan itu patut dilihat di wilayah itu sebagai perkembangan hubungan strategik yang rapat antara kedua-dua negara.

Perincian mengenai pembangunan semula kawasan latihan ketenteraan di Townsville dan Shoalwater Bay di Queensland itu bagaimanapun masih belum dimuktamadkan.

Turnbull berkata seramai 14,000 tentera Singapura akan berlatih di Australia sehingga 18 minggu dalam masa setahun.

Amerika Syarikat turut mempunyai hab latihan Tentera Laut di Darwin, dan kini sedang berunding untuk meningkatkan latihan tentera udara dan laut di Australia. - AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X