Jumaat, 6 Mei 2016 | 11:34pm
PENYAMPAI radio Sinar FM, Feeya bernikah hari ini dengan Rashid. - Foto ihsan Lifestyleweeding.com
PENYAMPAI radio Sinar FM, Feeya bernikah hari ini dengan Rashid. - Foto ihsan Lifestyleweeding.com

Feeya sah bergelar isteri


PENYAMPAI radio Sinar FM, Feeya bernikah hari ini dengan Rashid. - Foto ihsan Lifestyleweeding.com

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar selamat bergelar isteri kepada Nurashid Abd Wahab, petang tadi.

Majlis pernikahan calon akhir Penyampai Radio Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 itu berlangsung selepas Asar di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

Pada majlis berkenaan, penyampai yang sinonim dengan nama Cik Piah itu menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000.

Wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan jumlahnya.


PENYAMPAI radio Sinar FM, Feeya bernikah hari ini dengan Rashid. - Foto ihsan Lifestyleweeding.com

"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Majlis berlangsung ringkas dan sederhana dengan dihadiri hampir 300 jemputan di kalangan teman serta keluarga. Bulan ini juga genap setahun perkenalan kami.

"Insya-Allah, pada 14 Mei ini kami akan diraikan pula di sebuah hotel di Klang, Selangor," katanya yang akan berbulan madu di Bali, tidak lama lagi.

Feeya yang mengikat tali pertunangan dengan Rashid pada 5 Disember tahun lalu sempat berseloroh, sekalipun sudah berkahwin, beliau akan tetap meluangkan masa menghadiri malam kemuncak ABPBH 29 Ahad ini.

"Kahwin... kahwin juga. Tapi ABPBH 29 tetap akan saya hadir ditemani suami tersayang," katanya yang turut bergelar penyanyi.

Berita Harian X