Khamis, 12 Mei 2016 | 5:06pm

Rumah Zidane ketika kanak-kanak di Marseille dirobohkan

JENTERA pembinaan ketika melakukan kerja-kerja merobohkan Blok G di Marseille. - Foto AFP
JENTERA pembinaan ketika melakukan kerja-kerja merobohkan Blok G di Marseille. - Foto AFP

MARSEILLE: Rumah zaman kanak-kanak pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, di Marseille tidak terkecuali daripada kemusnahan akibat pembangunan semula bandar di selatan Perancis itu apabila ia dirobohkan, semalam.

Pemberita dan jiran tetangga berkumpul di keliling jentera pembinaan semalam ketika kerja-kerja merobohkan Blok G yang sebelum ini dirujuk sebagai Blok Zidane di kawasan penempatan Castellane di selatan Marseille itu.

Zidane, anak bekas pelarian daripada Algeria, menjadi idola bola sepak Perancis selepas dia dan rakan sepasukannya merangkul Piala Dunia 1998 di laman sendiri.

Tetapi perjalanan terakhirnya sebagai pemain bola sepak berakhir dengan teruk apabila dia menghantuk kepada pertahanan Itali, Marco Materazzi, sekali gus diarahkan keluar padang pada aksi final Piala Dunia 2006. - AP

Berita Harian X