Khamis, 12 Mei 2016 | 5:40pm

Perancis syak Olimpik Tokyo 2020 wujud rasuah

PARIS: Pihak berkuasa Perancis mengesyaki penganjur Olimpik Tokyo 2020 mungkin terbabit rasuah apabila dipercayai membayar sejumlah wang kepada anak bekas seorang presiden badan olahraga dunia, Lamine Diack, untuk mendapatkan hak sebagai tuan rumah temasya berkenaan.

Sumber di Perancis mendedahkan bahawa bayaran rasuah itu membabitkan bayaran tunai sebanyak 1.3 juta euro (RM5.46 juta) kepada sebuah syarikat dimiliki

Papa Missata Diack, iaitu anak lelaki bekas Presiden Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) Diack yang berdepan pendakwaan berhubung kesalahan rasuah di Perancis.

Kerajaan Jepun menafikan sebarang perbuatan rasuah dalam mendapatkan hak sebagai penganjur temasya Olimpik berkenaan sambil mendakwa semua urusan melobi adalah bebas rasuah. - AFP


PAPA Missata Diack. - Foto fail AFP

Berita Harian X