Isnin, 16 Mei 2016 | 12:20am
PADA minggu kedua berpantang, berat badan Fouziah menyusut 10 kilogram. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PADA minggu kedua berpantang, berat badan Fouziah menyusut 10 kilogram. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
KEBAHAGIAAN Fouziah kini bertambah dengan kehadiran Muhammad Zeeshan yang sudah berusia lima bulan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
KEBAHAGIAAN Fouziah kini bertambah dengan kehadiran Muhammad Zeeshan yang sudah berusia lima bulan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Fouziah Gous kongsi tip atasi sindrom 'baby fat'


KUALA LUMPUR: Pengalaman berat badan melonjak sehingga 64 kilogram (kg) ketika hamil sebelum menyusut 14 kg selepas sebulan melahirkan si comel, belum cukup menggembirakan pelakon dan pengacara, Fouziah Gous.

Biarpun sudah mendapat semula bentuk badan asal, Fouziah belum berpuas hati dengan penampilan dirinya sekarang.

Jauh di sudut hatinya, Fouziah yang bertambah bahagia dengan kehadiran Muhammad Zeeshan yang sudah berusia lima bulan, mahu kembali fit seperti zaman anak dara.

Isteri kepada Md Zhafran Md Yusof yang dinikahi pada 21 September 2013, mengaku berdepan perubahan drastik dalam konteks berat badan dan penampilan dirinya.

Menurut bekas pengacara program majalah wanita, Nona terbitan TV3 ini, pada minggu kedua berpantang, berat badannya menyusut 10 kilogram.

PADA hari ke-45 iaitu selesai tempoh berpantang, berat badan Fouziah sudah kembali seperti asal. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
PADA hari ke-45 iaitu selesai tempoh berpantang, berat badan Fouziah sudah kembali seperti asal. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

"Ketika itu, saya masih perlu menurunkan empat kilogram lagi. Pada hari ke-45 iaitu selesai tempoh berpantang, berat badan saya sudah kembali seperti asal.

"Namun, biasalah, orang perempuan memang tak pernah berpuas hati... Hendak sempurna saja. Samalah dalam hal berat dan bentuk badan. Saya sentiasa tak puas hati biarpun berat badan sudah okay," katanya kepada BH Plus.

Fouziah berkata, sebelum ini, dia aktif bersenam bagi menjaga tubuh.

"Jadi, apabila tak bersenam masih ada bahagian badan yang lembik," katanya.

Fouziah berkata, sepanjang tempoh berpantang, dia melakukan rutin itu dengan bersungguh-sungguh.

"Saya betul-betul berpantang. Berat badan ketika melahirkan Zeeshan mencapai kadar maksimum iaitu 64 kilogram. Tapi dalam tempoh sebulan, berat saya sudah jadi 50 kilogram," katanya.

BIARPUN sudah mendapat semula bentuk badan asal, Fouziah belum berpuas hati dengan penampilan dirinya sekarang. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
BIARPUN sudah mendapat semula bentuk badan asal, Fouziah belum berpuas hati dengan penampilan dirinya sekarang. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

FOUZIAH bersama anaknya, Muhammad Zeeshan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
FOUZIAH bersama anaknya, Muhammad Zeeshan. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Amalkan sarang burung

Ditanya apakah mudah bagi wanita menurunkan berat badan selepas bersalin, pelakon berambut cantik itu memberitahu ia boleh dilakukan dengan mudah.

Hakikatnya, ada ibu bersalin yang berdepan masalah besar untuk kembali kurus. Namun, apa yang dihadapi Fouziah adalah sebaliknya.

"Saya tak ada bergelut untuk turunkan berat badan. Cuma ikut apa yang sepatutnya. Macam saya cakap tadi, kalau pantang, biar betul-betul.

"Saya menikmati makanan seperti biasa. Jangan terlalu tertekan dengan makanan. Jangan cakap itu tak boleh, ini tak boleh. Kerana hakikatnya saya ini jenis suka makan. Malaysia banyak makanan sedap," katanya.

Cuma pesan Fouziah, ajarlah diri menikmati makanan 'bersih' dan sihat.

"Ramai yang melakukan diet tapi caranya salah. Ada yang tak mahu makan nasi. Tapi, nasi sebenarnya boleh diganti dengan beras perang dan beras mati. Baru-baru ini, saya menikmati nasi kerabu dengan menggunakan beras mati... Sedapnya tak terkata.

FOUZIAH Gous bersama suami, Mohd Zhafran dan anak mereka, Muhammad Zeeshan, pada majlis kesyukuran dan aqiqah di Bukit Jelutong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
FOUZIAH Gous bersama suami, Mohd Zhafran dan anak mereka, Muhammad Zeeshan, pada majlis kesyukuran dan aqiqah di Bukit Jelutong. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

"Saya juga mengamalkan produk sarang burung. Ia bagus bukan saja untuk kulit tetapi memberi tenaga. Saya juga menyusu badan, jadi ia secara tak langsung mengurangkan berat badan saya.

"Saya juga suka minum kopi. Sebelum Zeeshan lahir, bagi mengurangkan berat badan, saya amalkan meminum kopi," katanya.

Ketika ini, Fouziah mengaku rutin senamannya tidak dilakukan seperti biasa.

"Ini kerana Zeeshan masih kecil. Saya tak bersenam sangat. Hanya melakukan yoga dan sesekali ada jurulatih kecergasan peribadi datang ke rumah.

"Amalan yoga lebih kepada membetulkan urat badan yang senget. Saya selalu menyusu badan, jadi selalu letih di belakang badan.

"Zeeshan semakin berat. Jadi yoga ini untuk melenturkan urat," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama Strawberi Karipap di Hongkong, April lalu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X